NISBAH DAN HUJAN
Thursday, April 12th, 2007I got this from someone somewhere. Sama-sama ambil pengajaran :
Cedera dalam sakit dan tangisan
Hati yang patah mula mengeja parah
Malah memberi pilihan pada masa
Samada balik berundur atau kekal setia
Dunia lebih selesa jika masa berdiam, biar dunia berlagak mimpi,
Terikat rentak, terbatas rutin.
Peliknya masa tiada sahabat,
Hanya seorg, tak pernah berehat dari melangkah ke hadapan,
Sebenarnya tak pernah berharap wujudnya destinasi.
Kita menggenggam dengan harapan yang ringkas,
Melindungi dia dan senyumnya yang makin larut,
Yakin suaranya akan kedengaran, tak mungkin kering jauh sekali sayup ditelan udara.
Eratnya genggaman bagai lalunya ucapan melalui urat yang timbul.
Hati bising dari suara, mata mengutus lebih lantang,
Sememangnya dia setuju, harusnya faham,
kacaknya langkah kita mengalih tugasnya.
Sampai masa kita tahu sepasang mata bijak berkata,
tentang apa yang tak terkata.
Maka saat kita sedar makna apakan daya
Mungkin ketika saat tangan yg digenggam sedia meleraikan
Mungkin itu tanda aras sedihnya tak berdaya,
bertambah dgn kalut yang mengasak
Kalut bukan sebab dileraikan, kalut sebab waras,
tahu bahawa suratan bukan tulisan kita.
Sedangkan surat yg hitam putih terlipat empat,
Disimpan dalam sampul yang berbeza hukum, memang kerana ia bukan untuk dibuka.
Tangan kita yang masih mencari kemuliaan yang ringkas,
Walau dipujuk hati tetap bernekad,
Tiada genggaman yang lebih selesa, tiada simpulan tangan yang lebih cantik,
Tiada yang lebih sedih dari genggaman yang tak disambut,
Tiada pautan yang mungkin berjaya tanpa hadirnya dua hujung,
Tiada parut yang tak tertetas bila duka bertanya
Apakah yang lebih susah dari redha.
Bila Allah turunkan petir dan hujan,
Biarpun tahu lazimnya sementara,
Sementara itu juga mulut sentiasa merungut,
Meratap soalkan sebab, menangis fikirkan mungkinnya yg lebih kasar bakal tiba,
Lupa menanti masa depan, dan masih berdiri dalam tak bersyukur , dalam sekarang yang masih berpaut.
Lupa menantikan berbaloinya hadiah Allah,
Namun akhirnya kita sedar yang asal indah pelangi adalah kerana kemuliaan cahaya nisbah dan hujan.
12 April 2006- Al Fatihah.. genap setahun arwah apak pergi. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aamin
Doofy, Happy Birthday. It’s always be your day. I never wish you could be born in any otherday =). This is what is written and you have all the rights to be happy and all the rights to believe that I am happy for you too. Because I really am happy to see that u’ve finished yet another lap this year.